Sunday, April 19, 2015

kemunculan semula

assalamualaikum..

lama saya x entry kat blog ni..
rindu pula rasa.. bukan nak kasi tahu kat dunia luar tp just nak share je...
saya ni lama menyepi bukan apa ... sbb kekangan kerja dan internet so xde la nak online sgt.. tp hari ni terdetik kembali ingin bercerita ngan semua..
ada setahun rasa nyer tak entry.. lama juga tu.. dalam setahun ni macam2 terjadi.. tp semua tu macam sekelip mata je.. cepat kan masa berlalu....

macam2 nak di share kan bersama tp tak tahu nak di mulakan di mana... sejak dah tak menulis ni dh x pandai nak luahkan perasaan... tp ( saya mmg begitu org nyer)..

ha sebelum saya terlupa.. nak wish selamat pengantin baru tu my sweety friend yg selamat bernikah hari ni iaitu asmawati alias... antara insan2 yg mewarnai hidupku.. tahniah,, semoga menjadi isteri yg solehah , ibu yg mithali dan bidadari di syurga Allah .. amin..
dan
selamat bertunang my beloved friend iaitu atikah binti bakar.. my close friend from primary school.. love u my friend.. saya kalo ngan si Atikah ni x de rasa kekok pon walaupun dah lama x bertemu.. mungkin aura kami saling melengkapi agak nyer.. hihi.. tahniah lg sekali ika.. semoga ikatan kalian sampai ke jinjang pelamin dan syurga Allah... dan nnti sponser nasi minyak jangan lupa kan kita pulak... hihihi

ramai my friend yang mengakhiri zaman bujang tahun ni... antara nyer rakan serumah, sebantal dan kawan bercerita ku dh mendirikan rumah tangga... Allah je yang tahu macam ne rasa nyer bila kawan kita menjadi hak milik org lain... maybe ikatan yg terjalin sgt kuat tu yg sgt terasa tu.. sya sentiasa doakan yg terbaik to my darling nurul fateha dan nur hidayat.. doaku sentiasa bersamamu di dunia dan akhirat... aminn
tak lupa juga to my sweet heart izzah dan family serta the hensem boy anas.semoga berbahagia sentiasa. dah besar dah anas.. sekejap je masa berlalu kan.. ummi juga yg dah tua... hihi

kepada jiran depan bilik asrama.. iaitu rohayu.. gadis yang kecik molek tp berjiwa pemurah semoga cepat di pertemukan jodoh... tq for everything... love u.. dan cik farahim yang masam awak dh tak lama kan.. xsabar nak jalan2 terengganu pula lepas ni.. hihi.. nak makan kepok byk2 nnti.. hihi sya doakan semua nyer berjalan lancar ya..

kadang2 bila kita tinggal sorg2 ni kesunyian kadang2 datang bertandang .. yelah dulu selalu bersama2.. tp kini tinggal la seorg diri... dulu selalu berkongsi cerita tp kini simpan la sendiri.. tp sya bersyukur bila sibuk dgn kerja ni takde la pikir sgt.. nak blk kg pon tak boleh sebab tak cukup staff... cuti tahun tak bergerak drp awal tahun.. kerja la sampai lebam.. hahahaha tp kesunyian tu tetap ada walaupun kita menyebukkan diri mcm mana pun kecuali mendekatkan diri kepada yang Esa..

family kat kampung alhamdulillah sihat.. mak dan abah semoga kalian sentiasa di dalam rahmat Allah .. kepada adik2 dan kakakku.. semoga kalian sentiasa berjaya di dunia dan akhirat.. hanya Allah sahaja yg tahu betapa mendalam nyer kasih syg angah pada korg.. mak abah,  adik2 dan kakak yang disygi angah doakan agar Allah sentiasa jagakan kamu semua untuk angah.. korg la pembakar semangat angah.. amin..

Demi sebuah cita2 dan rindu ku..
in shaa Allah suatu hari nnti akan aku ke sana jua.. restu dan doa drp mak dan abah angah harapkan skrg ini.. untuk angah terus melangkah ke hadapan.. cinta dan rindu ku berada di sana.. di bumi barokahmu... amin.. melayari kisah sirah dan perjuangan insan yg hebat serta sahabat2 nya... sahabat semua doakan saya ya...

tentang jodoh saya serahkan segalanya pada Allah... dia yg maha mengetahui..

saya melepaskan segala yang bukan milik saya walaupun saya amat menyayangi nya.. jika ia adalah milik saya biarlah masa dan waktu yang menentukannya...

Allah tidak menguji hamba nya melebihi drp kemampuan hamba nya... setiap ujian yang di berikan adalah kerana Allah rindu akan akan kita.. Allahuakbar..

salam sayang semua daripada saya..
assalamualikum...



Wednesday, May 21, 2014

Pilihan saya Cosmoderm..

Assalamualaikum.. syukur sgt ke hadrat Illahi kerana masih memberi nyawa untuk terus hidup di bumi ini..

Nak citer la sikit pasal produk skin care ni, saya baru je guna produk ni semalam, hahaha ni nak entry sehari selepas menggunakan Cosmoderm.

Sebelum ni saya guna sf beauty, alhamdulilah menjadi juga tp setelah 1 tahun setengah guna agak nyer dah resistance ngan kulit saya, jd saya beralih arah dengan produk lain, ada juga angan2 nak pakai bio essence tp bila kawan2 saya sarankan Cosmoderm sya rasa saya patut mencuba nyer. Produk Cosmoderm ni susah nak cari kat farmasi, hari pertama cari tak jumpa , hari ke-2 cari br jumpa, tu pon selepas search di internet yang produk ni ada kat guardian midvalley.

Dilema plak bila dah jumpa ,xtau nak pilih jenis yg mana satu ikut jenis kulit. ermmm akhir nyer saya membuat keputusan untuk guna set vit -E.

selepas satu hari menggunakan nyer saya rasa kulit saya semakin lembut dan nampak lebih tulus.
In shaa allah sya akan entry untuk hari2 yang mendatang mengenai produk Cosmoderm..

Friday, April 4, 2014

Something to talk

 Assalamualaikum


Alhamdulillah, lama benar tak menaip kat blog ni... Tiba-tiba hari ni terpanggil untuk menaip.
mungkin hati gundah gulana agak nyer..


hihihi 
saja je gambar ni sebenar nyer
 ??????
tu kira tak ikhlas ke atau berpura-pura?
entah laaa

tapi tu la, bukan semua leh 
diceritakan
dikongsikan

terpulanglah pada pemilik hati bagaimana dia menterjemah dan mentafsir hati nya
tapi yang pentng
Allah tahu apa yang ada di hati setiap hambanya
 Bak kata guru saya " kita rasa kita tahu akan diri kita,tapi allah lagi tahu akan diri kita daripada kita"

so Allah lah tempat bergantung harapan..

what i need to do???

bersabarlah wahai hati PASTI ada sinar di hadapan yang menantimu. 

Thursday, October 31, 2013

ilmu bekalan hidup dan mati

assalamualaikum,
lama x update this blog, ingt nak sambung pasal my diet, tp ari ni rasanyer x yah dulu la citer pasal diet ni, nak citer pasal ilmu dlu, insyaAllah next update br citer pasal diet ya. seperti yang kita tahu ilmu itu penyuluh kehidupan. sememang nyer ilmu ini tiada sepadan nyer, semakin kita memperolehi ilmu lagi kita berasa betapa kerdil nyer kita sebenarnyar, banyak yg kita terokai sebenar nyer. semoga saya dan rakan pembaca sekalian juga terdiri daripada golongan yang mencintai ilmu.. amin
saya ni sememang nyer suka akan buku, masa kecik2 dulu ada la bercita-cita nak buka kedai buku, sebenar nyer sekarang ni ada lagi ,cita-cita tu.. sebab saya ni ada satu tabiat yang sememang nyer wujud sejak kecik suka merasai buku. asal dapat sentuh cover buku tu pon jadi la, apatah lagi sentuh setiap helaian. hihihi pelik kan tp tu la hakikat nyer.
saya ni bukan la nak promote kat pembaca tentang sebuah buku ni. pada  pandangan saya buku ni amat sgt berguna dan perlu di jadikan panduan, kalo nak di jadikan koleksi pon boleh. buku ni bertajuk formula solat sempurna. . ook nnti saya smbung ya mengenai buku ni sbb saya sendiri lum khatam lg baca buku ni, nnti saya dah abis baca , saya janji akan update. tunggu ya..

Friday, September 13, 2013

ehem..ehem.. testing suara

Assalamualaikum..

Rasa syukur pada Ilahi yang tak terhingga..
Dengan limpah dan kurnia nyer saya masih mampu bernafas sehingga kini..
Alhamdulillah.

Rasa nyer dah beberapa bulan tidak saya menulis di ruangan blog ini..
 walaupun sebelum ini, sudah beberapa kali ingin berkongsi cerita tapi disebabkan tiada kesempatan, niat untuk menulis dibatalkan.
 Tapi Alhamdulillah ari ini di beri kesempatan..
banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama.. bermula pada musim perayaan yang lalu.
kisah hidup saya ni tak la best sangat nak citer sebenar nyer.. macam insan2 yang lain gak.. tp almaklum la saje secara suka2 je.. hiihi.. jangan mara ya..
 kalo marah 20 posen.

raya tahun ni saya dapat cuti seminggu bermula sebelum raya hingga la raya ke-4.. seronok sakan raya... tp yang paling best dapat solat sunat aidilfitri tahun ni.... best wow.. ^_^. 
pastu join reunion sekolah rendah.. lg best.. dapt bertemu ngan kawan2 masa kecik dah la ada yang dah lama tak bertemu.. alhamdulillah tp yang tak best nyer , saya hanya dapat join sekejap pastu rushing balik kl disebabkan esk bertugas pada shif pagi...  seronok kot dapt tau kawan2 kita ramai yang berjaya.. semoga kejayaan ini sehingga kita ke syurga ,, amin.. i love u all..

pastu dah raya sakan , berat badan pon meningkat la pe lg.. bermulala time berdiet pulak... 
pakcik saya kata badan sya dah macam tiang tnb dah.. kalo tiang electric tak pe kecik je tengok tp ni tiang TNB.. besau wow... 
bada pon rasa berat je.. mula la terasa malas... so lastly.... terpaksa la start berdiet..
firstly thing that i do for my diet is throw away my food item that contains fat or high sugar from my room,, hihi
menjadi seorg pembazirtime tu... oh tidak... the next day what will happen... 
waits.. it will be continue..
apa yang ter jadi kepada diet saya .. 
????????



Saturday, July 6, 2013

Ungkapan cinta hamba

malam ini indah sekali..
halwa telinga ku mendengar alunan merdu kata  kasih sayangmu
seluruh pancainderaku aku serahkan kepadamu.
tiada cinta yang ingin ku luahkan melebihi cintaku kepadamu
tiada rindu yang melebihi rindu ku kepada mu
ternyata kepadamu lah aku serahkan cinta hati ini
tidak pernah ada cinta lain yang mampu menggetarkan sebagaimana cinta ini kepadamu
setiap detik nafas  akan ku titipkan namamu..
jika ada yang menyatakan aku gila ,memang aku gila kerana mu..
kerana aku seyakinnya mengistikharkan cintaku kepadamu..
jika digali hingga ke pusat bumi sekalipun  masih lagi belum dapat mendalami cintaku kepadamu..
kerana aku tahu engkau lebih lagi mencintaiku dari aku mencintaimu.
kerna rahmat yang engkau beri membuatkan aku terasa sangat di sayangi olehmu..
orang bijak pandai berkata "jika engkau berikan dugaan , itu menunjukkan kasih nya engkau kepada meraka.."
kadangkala aku juga cemburu akan kasih sayangmu.. 
dulu semasa aku sedang meningkat dewasa aku amat syukur kerna engkau tidak pernah jemu menguji ku.. 
Namun walaupun aku sering kali tersungkur, aku yakin setiap apa yang engkau tentukan adalah terbaik buatku..
kini aku bergelar cik dan kian dewasa, 
aku amat bersyukur malah lebih memahami akan liku-liku kehidupan yang engkau tuliskan buat diriku.
Ya Raja hatiku, Ya pemilik cintaku.. tiada kata yang boleh aku ungkapkan cinta ku kepada mu
Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Malik
sesungguhnya I <3 U forever and ever..



Saturday, June 15, 2013

rutin kerja sebagai jururawat

assalamualaikum
 night shif again
after that, km hka, 
mesti ramai yang tak tahu kan km tu mean dia pe, km tu bermaksud kelepasan malam, manakala hka tu bermaksud hari kelepasan am. 
almaklum la , saya ni kan berkerja shiff
mungkin ramai masyarakat di luar sana yang tak tahu bagaimana rutin kerja seorang jururawat or nurse ni sebenar nyer.
buat pengetahuan semua, kebiasaan nyer ramai nurse or jururawat ni bekerja shif
biasa nyer yg kerja shif tu nurse yg bekerja di wad2 atau kecemasan ,
ada juga yang bekerja waktu pejabat(office hour) kebiasaan nyer nurse yg keja waktu pejabat ni bekerja di bahagian klinik atau deparment yang selain drp wad la. dewan bedah pon termasuk dlm waktu shif 
ok la, ezani nk citer la tntg waktu bekerja nurse ni.
terdapat 3 shif dalam waktu bekerja
shif terbahagi kepada tiga shif, iaitu shif pagi dari jam 7pg~2am, shif petang pula dari 2ptg~9mlm dan shif mlm bermula jam 9mlm ~ 7pg.
dalam seminggu sehari je cuti yg kami nurse panggil hk iaitu hari kelepasan atau cuti rehat, 
hk ni tak menentu hari nyer tgk pada roster kerja, kadang2 tu hari hk pun terpaksa naik kerja kalo terdapat staf yg mc atau el.
mesti ada yang pelik kan, kenapa kalo ada sesetengah staff nurse , tak kisah la jiran korang ke, sedara ke atau kawan korang, kadang-kadang tu dapat cuti panjang mcm cuti seminggu pastu cuti pada waktu org lain tak bercuti kan,
sebenar nyer begini. .
selalu nyer nurse ni simpan cuti hk dia setiap minggu dan cuti hka dia yg di mana pada public holiday pon nurse bekerja.cuti pada public holiday tu di ganti dgn hka pd hari lain sbb tu kami nurse kalo bercuti tu panjang.
macam tu la kerja kita orang. selalu nyer org tak faham.

Friday, June 7, 2013

erm..

assalammualaikum
hari ni  ezani saja nk story mory kat blogger ni, hahaha
sebenarnyer ezani baru je lepas baca satu blog kwn skola ezani
search2 kat google tiba2 terjumpa pula blog dia ni
yang excited nyer sbb org yg tulis blog tu kita kenal, kwn skola la katakan
tp sedih plak lepas baca blog dia
maklumlah citer pasal percintaan yang putus di tengah jalan, 
ezani tak boleh la mention nama dia kat cni mahu ada yang kena parang kang, hihi
memang betul rasa cinta itu fitrah manusia yang sememang nyer kita di ciptakan dgn perasaan itu.
memang ezani sendiri akui yang ezani sendiri ingin mencinta dan dicintai
pada allah, rasul,ibu ayah, family dan sahabat dah semestinya
tetapi maksud ezani kat sini lebih kepada cinta lelaki dan perempuan.
tapi kalo ezani dianugerahi perasaan itu, doa ezani pada maha pencipta  biar lah pada yang halal (encik suami). 

baru2 ni ezani hadiri majlis perkahwinan sahabat skola, 
best nyer rasa ezani pun nak kawin gak
tp dgn sape???
itu masih menjadi rahsia allah, 
hari nyer akan tiba jua. 
tunggu dan tingkatkan iman .

sahabat yang ezani baca blog tu, maaf la sebab saya terjumpa blog awak dan terbaca blog awak plak, harap awak tak marah ezani, tp ezani yakin yg awak pun tak baca blog ezani ni sbb blog ezani ni kan masih rahsia lg.



kepada sahabat skola ezani tu, cepat2 la cari penganti, ditakdirkan dipertemuakan dengan wanita yang berkenan di hati dan yakin dia adalah jodoh yg ditetapkan allah untuk awak, teruslah jumpa kedua ibu bapanyer ya. jgn lah bersedih dan mengharap yg belum pasti ya. 




Wednesday, June 5, 2013

lovely picture from best friend

assalamualaikum
now im night duty, alhamdulillah not busy. my eyes want to close . 
but 
im must be strong,hihihi 
a few day ago , my friend sent to me 5 picture, im so excited,
her sent me from masjidil haram
 kaabah picture, lot of like. infront of kaabah
alhamdulillah,
just allah known how i miss a lot his home.
insyaa allah my day will come,
one find day.
thanks you my friend, because fully my request
love u until jannah~ insya allah,amin.


Wednesday, May 29, 2013

IKHTILAT..

ASSALAMUALAIKUM..
Selamat pagi..
Hari ini ezani nak bercerita pasal Ikhtilat
sebenarnya perkara ini untuk diri sendiri 
ezani sabagai hamba Allah yang kerdil ini hanya mampu meminta pertolongan dari NYA agar diberi kekuatan  untuk melawan hawa nafsu dan godaan syaitan durjana.. Amin..


Apa itu Ikhtilat?

Dari segi istilah syarak pula ikhtilat bermaksud percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau berdua-duaan. 

Mengapa Ikhtilat di titikberatkan????

Ikhtilat dalam Islam begitu penting bagi menjaga batas-batas antara lelaki dan perempuan. Semua umat Islam wajib menjaganya. Ikhtilat tidak tertumpu kepada mereka yang remaja sahaja malah kepada semua golongan yang telah pun baligh sama ada yang dewasa atau pun yang sudah berusia

Apa hukum Ikhtilat ???

 Hukum asal ikhtilat yakni pergaulan antara leiaki dan perempuan ialah haram. Oleh hal yang demikian, ia adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. 

Apa Kata Ulama???

Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya
al-Mufassat fil Mar'ah yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan serta hukum ikhtilat seperti di bawah : 
  • Pertama - Harus kerana terpaksa (dhorurah)
  • Kedua - Harus kerana keperluan (hajat)
Bagi keadaan yang pertama berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya : Berkata ahli mazhab Syaf'ie : Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwat (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini kedaaan-keadaan dhorurah seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf dia berdua-duaan dengan wanita tersebut dengan tujuan untuk menemaninya. 




Bagi keadaan yang kedua pula, ulama berkata bahawa hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Antaranya ialah : 


Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak

Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.

Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman.

 Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.


Ikhtilat kerana menjadi saksi kerana Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya.
 Hal ini demikian kerana menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

Ikhtilat kerana amar makruf nahi munkar.

 Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla' bahawa Umar al-Khattab RA telah melantik as-Syifa' menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

Ikhtilat kerana melayan tetamu.

 Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syar'ei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah SAW dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda SAW.


Ikhtilat kerana memuliakan tetamu jika perlu makan bersamanya
Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar'ei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama banginda. Ini bererti bahawa orang Ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama walaupun mereka tidak makan kerana mereka mengutamakan tetamu.


Ikhtilat dalam kenderaan awam.

 Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan  walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi  seperti keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya, membeli-belah dan ke hospital meskipun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi. Dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar'ei.


Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad

Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya : Kami bersama Rasulullah SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.

Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat
Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatan bahawa Rasulullah SAW keluar pada satu Hari Raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah dan ketika itu bersama baginda SAW ialah Bilal bin Rabah.

Ikhtilat dalarn suasana yang telah menjadi adat kebiasaan. 


Tersebut dalarn kitab Muwatta'. Persoalan adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan mahramnya? Berkata Malik : Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab.
Adab-adab ikhtilat dalam islam???

-Tidak bersentuhan antara lelaki dan perempuan.



-Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat. 



-Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. 



-Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat. 



-Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.



InsyaAllah diri kita akan berada dalam keadaan selamat sekiranya kita mengamalkan adab-adab ikhtilat dalam Islam. Sayangi serta cintailah diri kita. 

  

RINGKASAN....







SEPERTI yang ezani kata kan pada permulaan kata, ilmu ini untuk diri ezani sendiri.. Insyaa Allah... 
No couple , bercinta lepas nikah ... lg sweet.. ^-^


p/s
Dekatilah wali ku bukan dekati diriku agar kita sama2 mendapat redha ilahi and restu ibu ayah...


ezani akhiri  dengan yang baik datang nya dari Allah yang buruk datangnya dari kekurangan diri ini...

 Wasalam...