Thursday, October 31, 2013

ilmu bekalan hidup dan mati

assalamualaikum,
lama x update this blog, ingt nak sambung pasal my diet, tp ari ni rasanyer x yah dulu la citer pasal diet ni, nak citer pasal ilmu dlu, insyaAllah next update br citer pasal diet ya. seperti yang kita tahu ilmu itu penyuluh kehidupan. sememang nyer ilmu ini tiada sepadan nyer, semakin kita memperolehi ilmu lagi kita berasa betapa kerdil nyer kita sebenarnyar, banyak yg kita terokai sebenar nyer. semoga saya dan rakan pembaca sekalian juga terdiri daripada golongan yang mencintai ilmu.. amin
saya ni sememang nyer suka akan buku, masa kecik2 dulu ada la bercita-cita nak buka kedai buku, sebenar nyer sekarang ni ada lagi ,cita-cita tu.. sebab saya ni ada satu tabiat yang sememang nyer wujud sejak kecik suka merasai buku. asal dapat sentuh cover buku tu pon jadi la, apatah lagi sentuh setiap helaian. hihihi pelik kan tp tu la hakikat nyer.
saya ni bukan la nak promote kat pembaca tentang sebuah buku ni. pada  pandangan saya buku ni amat sgt berguna dan perlu di jadikan panduan, kalo nak di jadikan koleksi pon boleh. buku ni bertajuk formula solat sempurna. . ook nnti saya smbung ya mengenai buku ni sbb saya sendiri lum khatam lg baca buku ni, nnti saya dah abis baca , saya janji akan update. tunggu ya..

Friday, September 13, 2013

ehem..ehem.. testing suara

Assalamualaikum..

Rasa syukur pada Ilahi yang tak terhingga..
Dengan limpah dan kurnia nyer saya masih mampu bernafas sehingga kini..
Alhamdulillah.

Rasa nyer dah beberapa bulan tidak saya menulis di ruangan blog ini..
 walaupun sebelum ini, sudah beberapa kali ingin berkongsi cerita tapi disebabkan tiada kesempatan, niat untuk menulis dibatalkan.
 Tapi Alhamdulillah ari ini di beri kesempatan..
banyak perkara yang ingin saya kongsikan bersama.. bermula pada musim perayaan yang lalu.
kisah hidup saya ni tak la best sangat nak citer sebenar nyer.. macam insan2 yang lain gak.. tp almaklum la saje secara suka2 je.. hiihi.. jangan mara ya..
 kalo marah 20 posen.

raya tahun ni saya dapat cuti seminggu bermula sebelum raya hingga la raya ke-4.. seronok sakan raya... tp yang paling best dapat solat sunat aidilfitri tahun ni.... best wow.. ^_^. 
pastu join reunion sekolah rendah.. lg best.. dapt bertemu ngan kawan2 masa kecik dah la ada yang dah lama tak bertemu.. alhamdulillah tp yang tak best nyer , saya hanya dapat join sekejap pastu rushing balik kl disebabkan esk bertugas pada shif pagi...  seronok kot dapt tau kawan2 kita ramai yang berjaya.. semoga kejayaan ini sehingga kita ke syurga ,, amin.. i love u all..

pastu dah raya sakan , berat badan pon meningkat la pe lg.. bermulala time berdiet pulak... 
pakcik saya kata badan sya dah macam tiang tnb dah.. kalo tiang electric tak pe kecik je tengok tp ni tiang TNB.. besau wow... 
bada pon rasa berat je.. mula la terasa malas... so lastly.... terpaksa la start berdiet..
firstly thing that i do for my diet is throw away my food item that contains fat or high sugar from my room,, hihi
menjadi seorg pembazirtime tu... oh tidak... the next day what will happen... 
waits.. it will be continue..
apa yang ter jadi kepada diet saya .. 
????????



Saturday, July 6, 2013

Ungkapan cinta hamba

malam ini indah sekali..
halwa telinga ku mendengar alunan merdu kata  kasih sayangmu
seluruh pancainderaku aku serahkan kepadamu.
tiada cinta yang ingin ku luahkan melebihi cintaku kepadamu
tiada rindu yang melebihi rindu ku kepada mu
ternyata kepadamu lah aku serahkan cinta hati ini
tidak pernah ada cinta lain yang mampu menggetarkan sebagaimana cinta ini kepadamu
setiap detik nafas  akan ku titipkan namamu..
jika ada yang menyatakan aku gila ,memang aku gila kerana mu..
kerana aku seyakinnya mengistikharkan cintaku kepadamu..
jika digali hingga ke pusat bumi sekalipun  masih lagi belum dapat mendalami cintaku kepadamu..
kerana aku tahu engkau lebih lagi mencintaiku dari aku mencintaimu.
kerna rahmat yang engkau beri membuatkan aku terasa sangat di sayangi olehmu..
orang bijak pandai berkata "jika engkau berikan dugaan , itu menunjukkan kasih nya engkau kepada meraka.."
kadangkala aku juga cemburu akan kasih sayangmu.. 
dulu semasa aku sedang meningkat dewasa aku amat syukur kerna engkau tidak pernah jemu menguji ku.. 
Namun walaupun aku sering kali tersungkur, aku yakin setiap apa yang engkau tentukan adalah terbaik buatku..
kini aku bergelar cik dan kian dewasa, 
aku amat bersyukur malah lebih memahami akan liku-liku kehidupan yang engkau tuliskan buat diriku.
Ya Raja hatiku, Ya pemilik cintaku.. tiada kata yang boleh aku ungkapkan cinta ku kepada mu
Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Malik
sesungguhnya I <3 U forever and ever..



Saturday, June 15, 2013

rutin kerja sebagai jururawat

assalamualaikum
 night shif again
after that, km hka, 
mesti ramai yang tak tahu kan km tu mean dia pe, km tu bermaksud kelepasan malam, manakala hka tu bermaksud hari kelepasan am. 
almaklum la , saya ni kan berkerja shiff
mungkin ramai masyarakat di luar sana yang tak tahu bagaimana rutin kerja seorang jururawat or nurse ni sebenar nyer.
buat pengetahuan semua, kebiasaan nyer ramai nurse or jururawat ni bekerja shif
biasa nyer yg kerja shif tu nurse yg bekerja di wad2 atau kecemasan ,
ada juga yang bekerja waktu pejabat(office hour) kebiasaan nyer nurse yg keja waktu pejabat ni bekerja di bahagian klinik atau deparment yang selain drp wad la. dewan bedah pon termasuk dlm waktu shif 
ok la, ezani nk citer la tntg waktu bekerja nurse ni.
terdapat 3 shif dalam waktu bekerja
shif terbahagi kepada tiga shif, iaitu shif pagi dari jam 7pg~2am, shif petang pula dari 2ptg~9mlm dan shif mlm bermula jam 9mlm ~ 7pg.
dalam seminggu sehari je cuti yg kami nurse panggil hk iaitu hari kelepasan atau cuti rehat, 
hk ni tak menentu hari nyer tgk pada roster kerja, kadang2 tu hari hk pun terpaksa naik kerja kalo terdapat staf yg mc atau el.
mesti ada yang pelik kan, kenapa kalo ada sesetengah staff nurse , tak kisah la jiran korang ke, sedara ke atau kawan korang, kadang-kadang tu dapat cuti panjang mcm cuti seminggu pastu cuti pada waktu org lain tak bercuti kan,
sebenar nyer begini. .
selalu nyer nurse ni simpan cuti hk dia setiap minggu dan cuti hka dia yg di mana pada public holiday pon nurse bekerja.cuti pada public holiday tu di ganti dgn hka pd hari lain sbb tu kami nurse kalo bercuti tu panjang.
macam tu la kerja kita orang. selalu nyer org tak faham.

Friday, June 7, 2013

erm..

assalammualaikum
hari ni  ezani saja nk story mory kat blogger ni, hahaha
sebenarnyer ezani baru je lepas baca satu blog kwn skola ezani
search2 kat google tiba2 terjumpa pula blog dia ni
yang excited nyer sbb org yg tulis blog tu kita kenal, kwn skola la katakan
tp sedih plak lepas baca blog dia
maklumlah citer pasal percintaan yang putus di tengah jalan, 
ezani tak boleh la mention nama dia kat cni mahu ada yang kena parang kang, hihi
memang betul rasa cinta itu fitrah manusia yang sememang nyer kita di ciptakan dgn perasaan itu.
memang ezani sendiri akui yang ezani sendiri ingin mencinta dan dicintai
pada allah, rasul,ibu ayah, family dan sahabat dah semestinya
tetapi maksud ezani kat sini lebih kepada cinta lelaki dan perempuan.
tapi kalo ezani dianugerahi perasaan itu, doa ezani pada maha pencipta  biar lah pada yang halal (encik suami). 

baru2 ni ezani hadiri majlis perkahwinan sahabat skola, 
best nyer rasa ezani pun nak kawin gak
tp dgn sape???
itu masih menjadi rahsia allah, 
hari nyer akan tiba jua. 
tunggu dan tingkatkan iman .

sahabat yang ezani baca blog tu, maaf la sebab saya terjumpa blog awak dan terbaca blog awak plak, harap awak tak marah ezani, tp ezani yakin yg awak pun tak baca blog ezani ni sbb blog ezani ni kan masih rahsia lg.



kepada sahabat skola ezani tu, cepat2 la cari penganti, ditakdirkan dipertemuakan dengan wanita yang berkenan di hati dan yakin dia adalah jodoh yg ditetapkan allah untuk awak, teruslah jumpa kedua ibu bapanyer ya. jgn lah bersedih dan mengharap yg belum pasti ya. 




Wednesday, June 5, 2013

lovely picture from best friend

assalamualaikum
now im night duty, alhamdulillah not busy. my eyes want to close . 
but 
im must be strong,hihihi 
a few day ago , my friend sent to me 5 picture, im so excited,
her sent me from masjidil haram
 kaabah picture, lot of like. infront of kaabah
alhamdulillah,
just allah known how i miss a lot his home.
insyaa allah my day will come,
one find day.
thanks you my friend, because fully my request
love u until jannah~ insya allah,amin.


Wednesday, May 29, 2013

IKHTILAT..

ASSALAMUALAIKUM..
Selamat pagi..
Hari ini ezani nak bercerita pasal Ikhtilat
sebenarnya perkara ini untuk diri sendiri 
ezani sabagai hamba Allah yang kerdil ini hanya mampu meminta pertolongan dari NYA agar diberi kekuatan  untuk melawan hawa nafsu dan godaan syaitan durjana.. Amin..


Apa itu Ikhtilat?

Dari segi istilah syarak pula ikhtilat bermaksud percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau berdua-duaan. 

Mengapa Ikhtilat di titikberatkan????

Ikhtilat dalam Islam begitu penting bagi menjaga batas-batas antara lelaki dan perempuan. Semua umat Islam wajib menjaganya. Ikhtilat tidak tertumpu kepada mereka yang remaja sahaja malah kepada semua golongan yang telah pun baligh sama ada yang dewasa atau pun yang sudah berusia

Apa hukum Ikhtilat ???

 Hukum asal ikhtilat yakni pergaulan antara leiaki dan perempuan ialah haram. Oleh hal yang demikian, ia adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. 

Apa Kata Ulama???

Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya
al-Mufassat fil Mar'ah yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan serta hukum ikhtilat seperti di bawah : 
  • Pertama - Harus kerana terpaksa (dhorurah)
  • Kedua - Harus kerana keperluan (hajat)
Bagi keadaan yang pertama berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya : Berkata ahli mazhab Syaf'ie : Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwat (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini kedaaan-keadaan dhorurah seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf dia berdua-duaan dengan wanita tersebut dengan tujuan untuk menemaninya. 




Bagi keadaan yang kedua pula, ulama berkata bahawa hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Antaranya ialah : 


Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak

Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.

Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman.

 Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.


Ikhtilat kerana menjadi saksi kerana Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya.
 Hal ini demikian kerana menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

Ikhtilat kerana amar makruf nahi munkar.

 Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla' bahawa Umar al-Khattab RA telah melantik as-Syifa' menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

Ikhtilat kerana melayan tetamu.

 Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syar'ei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah SAW dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda SAW.


Ikhtilat kerana memuliakan tetamu jika perlu makan bersamanya
Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar'ei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama banginda. Ini bererti bahawa orang Ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama walaupun mereka tidak makan kerana mereka mengutamakan tetamu.


Ikhtilat dalam kenderaan awam.

 Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan  walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi  seperti keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya, membeli-belah dan ke hospital meskipun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi. Dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar'ei.


Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad

Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya : Kami bersama Rasulullah SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.

Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat
Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatan bahawa Rasulullah SAW keluar pada satu Hari Raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah dan ketika itu bersama baginda SAW ialah Bilal bin Rabah.

Ikhtilat dalarn suasana yang telah menjadi adat kebiasaan. 


Tersebut dalarn kitab Muwatta'. Persoalan adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan mahramnya? Berkata Malik : Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab.
Adab-adab ikhtilat dalam islam???

-Tidak bersentuhan antara lelaki dan perempuan.



-Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat. 



-Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. 



-Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat. 



-Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.



InsyaAllah diri kita akan berada dalam keadaan selamat sekiranya kita mengamalkan adab-adab ikhtilat dalam Islam. Sayangi serta cintailah diri kita. 

  

RINGKASAN....







SEPERTI yang ezani kata kan pada permulaan kata, ilmu ini untuk diri ezani sendiri.. Insyaa Allah... 
No couple , bercinta lepas nikah ... lg sweet.. ^-^


p/s
Dekatilah wali ku bukan dekati diriku agar kita sama2 mendapat redha ilahi and restu ibu ayah...


ezani akhiri  dengan yang baik datang nya dari Allah yang buruk datangnya dari kekurangan diri ini...

 Wasalam...

Life changed more to Allah. "Insyaa Allah"..aminn..

Assalamualikum .. 

sory guy long time im not story mory.. 
 starting today and now i want to changed my life more to Allah. I'm trusted love between me and Allah. 
many thing in the world that i dont known but I always believe Allah will help me. im promise in with my self that will explore the knowledge until end my life. .  10 min ago, i done read surah Al-waqia transtration.  Ya Allah, Allahuakbar that i can said . Thanks to Allah coz open my eyes. Before this, when i read surah al-waqia im not known what is Allah said... im the small one.. Alhamdulillah.
Al-waqia story about Judgment Day ( hari Kiamat )and hari kebangkitan.. when i read my heart dapdup2 as falling in love and  more to scary . i don't known what can i said to express my feeling. I realy believe what that Allah said is truth and on day it will be happen .

that the place i want to go... Masjidil Haram.. my heart full with miss and love with this place, i realy hope Allah will invites me to this place..

Im not a good women but im realy tried to be a good one. 
Changed my self to a good muslimah... Insyaa Allah..


ok , i want to go first
assalamualaikum..