Monday, November 21, 2011

Topic yang paling minat untuk dicerita...

Assalammualaikum...
hari saja nak tido lambat.. lagipon esk kerja shif petang.. sekiranya esok shif pagi dah tentu sebelum kul 12 ezani dah tido takut esk x otak tak dapat berfungsi untuk menjalankan tugas..ala jadi blur2 gitu ... aaarrrr x suka nyer... situasi seperti itu... kesimpulannya sekiranya esk  kerja shif pagi sebelum jam 12mlm kena tido...


Disebabkan esk ezani kerja shif ptg, tadi dlam kul 11 lebih duduk la borak2 ngan housemate.. tiba-tiba terbuka tipic pasal Kerja kat arab... seronok nya rasa.. rasa macam nak pergi esk je..hihihi.. tapi apakan daya esok kerja shiff ptg kat Malysia..hihi..


Tapi rasa nak pergi arab memang sangat menebal sekarang ni... rasa nak menatap Baitullah sangat menebal disanubari ni...harap2 semuanya dipermudahkan..








lepas tgk gambar ni lagi lah tak sabar nak pergi.. rasa nak je kemas2 baju masuk dalam beg.. pastu terus terbang di sana... :)


kerja dan ibadat.. bestnyer..


Ya Allah permudahkan la hambamu ini menjejakkan kaki ke tanah sucimu ini.. dan perkenankan lah doa hambamu ni .. Amin...

Saturday, November 19, 2011

SEDIH :( :( :(

perasaan ini teramat sedih apabila melihat gambar rakan sekolahku yang dulu cantik bertudung tetapi kini tudung yang menutup kepala itu telah hilang..ditambah pula gambar tersebut di publish di laman sosial... mana  pergi sabahat ku yang dulu.. sudah jauh dia berubah.. mahu ditegur takut dikatakan menyibuk tepi kain orang, tapi tak ditegur aku pula yang berdosa. apa yang aku nak jawab kelak dihadapan Yang Maha Esa. Aku pun bukan baik dan perfect orangnya. Tapi jika kita tidak saling ingat-mengingati, apa guna aku sebagai sahabat. erm.. .Ya Allah bantulah daku.. Dan ampunilah dosa diriku , keluargaku , sahabat2 ku, dan saudara seislamku...

Wednesday, November 16, 2011

Harapan terbaru ku!!!!!!

Baru-baru ni aku telah membuat keputusan terbaru dalam hidup aku, keputusan yang agak besar..
Aku nak pergi kerja kat Arab... dalam dua atau tiga tahun lagi... sebelum ini aku tak berminat langsung nak kerja kat arab ni walaupun sebelum ini aku tau gaji kerja kat arab ni memang teramat lumayan.. tapi hati ni berat sangat nak tinggalkan keluarga . sekarang ni baru aku terasa sangat teringin nak bekerja disebabkan oleh 1 sebab.

Aku dengar kerja kat arab ni cuma 4hr dalam seminggu tp kerja 12 jam la. penat la, alangkah kerja kat malaysia yang 7jam ni pon dah penat lagikan 12 jam kat sana tu. tapi yang membuatkan aku amat ambil keputusan besar ni adalah bagi tiga hari yang tidak bekerja dia arab , aku leh kerjakan umrah... sesungguhnya aku amat rindu dan teringin ke tanah suci..melakukan amal ibadat.. rasa yang kuat dan kehendak yang tinngi untuk mengunjungi rumah Allah itu..seronoknya.. tak sabar rasanya..

Sekarang ni , aku nak menuntut ilmu seboleh yang mungkin.. mencekapkan diri bagi persiapan untuk ke sana.InsyaAllah.. Doa, usaha, ikhtiar dan tawakal  menjadi moto hidupkan. moga Allah mengizinkannya.

* nanti leh bawa mak dan abah  pergi menunaikan haji.. ^_^

Tuesday, October 18, 2011

Hari yang tersangat indah... syukur Alhamdulillah.

Hari ini tercatat dalam sejarah hidupku memo kenangan yang sangat indah. Aku amat bersyukur kerana Allah membuka pintu hatiku untuk melibatkan diri dalam usrah. Sungguh indah perasaan itu untuk digambarkan. Ribuan terima kasih atas jasa baik sahabatku yang dengan niat baiknya itu aku dapat melibatkan diri dalam usrah ini. Sudah lama aku ingin join usrah ni, tapi aku tidak tahu bagaimana. namun hari ini di permudahkan dan doaku dimakbulkan. Akan ku gunakan peluang ini sebaik mungkin... InsyaAllah.

sedang mencari pendapatan sampingan

ada sesiapa tak yang tau macam mana nk mulakan perniagaan internet...???

Hari bahagia KU

di KLCC pada sehari sebelum Konvo

bersama Izzah, Nurul and Yat

Zani, Ila n Izzah

Wednesday, January 26, 2011

Daku mahu bersihkan hatiku..

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.
17. Pesan pada orang, jadi baik.
18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.

Tuesday, January 25, 2011

Mari Kita sama-sama hayati

Iman terletak di hati setiap insani..
apabila hati bersih iman akan kekal didalamnya..
Iman tidak bertahan lama dan tidak akan hadir pada hati yang kotor
.pengubat hati kita yang dekat dan mudah kita ingat ialah zikir,..selalu mengingati (zikir) Allah. 
dengan berzikir hati terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. 
Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi....
serta berusaha memaksa diri untuk terus beribadat dengan ibadat yang terbaik 
kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati. 

Pengubat hati

Terdapat 5 Perkara yang merupakan ubat hati yang resah dan jiwa yang gersang. Ia juga berfungsi sebagai penyejuk hati yang dilanda berbagai keluhan dan ketidaktenteraman.

Lima Perkara tersebut adalah:

   1. Membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta menghayati kandungan dan maknanya.
   2. Berpuasa sunat ataupun makan yang setakat cukup, yakni tidak menuruti hawa nafsu
   3. Tekun beribadah di malam hari seperti qiamullail atau solat tahajud
   4. Berusaha mendekatkan diri dengan sentiasa berzikir bagi mengingati Allah
   5. Bercampur dan bergaul dengan orang-orang soleh dan alim ulama

Panduan Hidup

Suatu yg membuat kita marah,itulah 'guru' yg mengajar kita erti sabar. Suatu yg mengecewakan,itulah 'guru' yg mengajar kita erti redha. Suatu yg manis, itulah 'guru' yg mengajar kita erti syukur.Suatu kesempitan waktu,itulah 'guru' yg mengajar kita menghargai masa.Suatu yg sedikit,itulah 'guru' yg mengajar kita erti berpada-pada. Allah menjadikan hidup penuh dgn panduan,semoga manusia berubah.

Today

Banyak nyer perkara yang mengganggu pemikian... agak stress la rasa otak ni..betul la cikgu sekolah saya dulu kata..masa kanak2 dan time sekolahlah waktu paling best dalam hidup ni..penuh dengan keceriaan tapi bila dah semakin berusia semakin bertambah dewasa kita akan lebih banyak tanggungjawab yang perlu dipikul di bahu ni... time skola dulu cuma fikir study, nak siapkan kerja skola, nak dapatkan duit beli buku rujukan tapi sekarang macam2 dah kena fikir... itulah lumrah kehidupan yang mesti kita harungi walaupun sepahit mana pun sebab memang ini perjalanan hidup kita. Daku amat yakin yang Allah xkan uji hambanya dengan sesuatu sekiranya hambanya tidak mampu lakukan.. Allahmdulillah Ya Allah.

Thursday, January 20, 2011

pertama kali

ini kali pertama saya menulis kembali blog saya... blog yg lama tu entah pe jadi.. entah..tibe2 je rasa nak taip isi ati ni kat dalam blog.. sebenarnya saya bukan la seorg yg suka menulis atau meluahkan apa2 perasaan kat media ni.. tapi ni sbb x tahan sgt kot..tu yg nak buat ni.. ishhh.. hidup ni penuh dengan liku2 sama ada senang atau susah... ni dahi nak berkerut dah ... ermm.. tapi kalo hidup ni xde masalah x seronok la kan... Saya yakin Allah x akan bagi sesuatu dugaan tu kalo kita x mampu tangani nya.. thank you YA ALLAH.. Alhamdulillah. So kepada sahabat ku Rah n Nurul ..bersabarlah.. daku yakin ada hikmah semua ini terjadi.. Doakan kebahagiaan kita bersama...