Wednesday, January 26, 2011

Daku mahu bersihkan hatiku..

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.
17. Pesan pada orang, jadi baik.
18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.

Tuesday, January 25, 2011

Mari Kita sama-sama hayati

Iman terletak di hati setiap insani..
apabila hati bersih iman akan kekal didalamnya..
Iman tidak bertahan lama dan tidak akan hadir pada hati yang kotor
.pengubat hati kita yang dekat dan mudah kita ingat ialah zikir,..selalu mengingati (zikir) Allah. 
dengan berzikir hati terus menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. 
Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi....
serta berusaha memaksa diri untuk terus beribadat dengan ibadat yang terbaik 
kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati. 

Pengubat hati

Terdapat 5 Perkara yang merupakan ubat hati yang resah dan jiwa yang gersang. Ia juga berfungsi sebagai penyejuk hati yang dilanda berbagai keluhan dan ketidaktenteraman.

Lima Perkara tersebut adalah:

   1. Membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta menghayati kandungan dan maknanya.
   2. Berpuasa sunat ataupun makan yang setakat cukup, yakni tidak menuruti hawa nafsu
   3. Tekun beribadah di malam hari seperti qiamullail atau solat tahajud
   4. Berusaha mendekatkan diri dengan sentiasa berzikir bagi mengingati Allah
   5. Bercampur dan bergaul dengan orang-orang soleh dan alim ulama

Panduan Hidup

Suatu yg membuat kita marah,itulah 'guru' yg mengajar kita erti sabar. Suatu yg mengecewakan,itulah 'guru' yg mengajar kita erti redha. Suatu yg manis, itulah 'guru' yg mengajar kita erti syukur.Suatu kesempitan waktu,itulah 'guru' yg mengajar kita menghargai masa.Suatu yg sedikit,itulah 'guru' yg mengajar kita erti berpada-pada. Allah menjadikan hidup penuh dgn panduan,semoga manusia berubah.

Today

Banyak nyer perkara yang mengganggu pemikian... agak stress la rasa otak ni..betul la cikgu sekolah saya dulu kata..masa kanak2 dan time sekolahlah waktu paling best dalam hidup ni..penuh dengan keceriaan tapi bila dah semakin berusia semakin bertambah dewasa kita akan lebih banyak tanggungjawab yang perlu dipikul di bahu ni... time skola dulu cuma fikir study, nak siapkan kerja skola, nak dapatkan duit beli buku rujukan tapi sekarang macam2 dah kena fikir... itulah lumrah kehidupan yang mesti kita harungi walaupun sepahit mana pun sebab memang ini perjalanan hidup kita. Daku amat yakin yang Allah xkan uji hambanya dengan sesuatu sekiranya hambanya tidak mampu lakukan.. Allahmdulillah Ya Allah.

Thursday, January 20, 2011

pertama kali

ini kali pertama saya menulis kembali blog saya... blog yg lama tu entah pe jadi.. entah..tibe2 je rasa nak taip isi ati ni kat dalam blog.. sebenarnya saya bukan la seorg yg suka menulis atau meluahkan apa2 perasaan kat media ni.. tapi ni sbb x tahan sgt kot..tu yg nak buat ni.. ishhh.. hidup ni penuh dengan liku2 sama ada senang atau susah... ni dahi nak berkerut dah ... ermm.. tapi kalo hidup ni xde masalah x seronok la kan... Saya yakin Allah x akan bagi sesuatu dugaan tu kalo kita x mampu tangani nya.. thank you YA ALLAH.. Alhamdulillah. So kepada sahabat ku Rah n Nurul ..bersabarlah.. daku yakin ada hikmah semua ini terjadi.. Doakan kebahagiaan kita bersama...