Saturday, July 6, 2013

Ungkapan cinta hamba

malam ini indah sekali..
halwa telinga ku mendengar alunan merdu kata  kasih sayangmu
seluruh pancainderaku aku serahkan kepadamu.
tiada cinta yang ingin ku luahkan melebihi cintaku kepadamu
tiada rindu yang melebihi rindu ku kepada mu
ternyata kepadamu lah aku serahkan cinta hati ini
tidak pernah ada cinta lain yang mampu menggetarkan sebagaimana cinta ini kepadamu
setiap detik nafas  akan ku titipkan namamu..
jika ada yang menyatakan aku gila ,memang aku gila kerana mu..
kerana aku seyakinnya mengistikharkan cintaku kepadamu..
jika digali hingga ke pusat bumi sekalipun  masih lagi belum dapat mendalami cintaku kepadamu..
kerana aku tahu engkau lebih lagi mencintaiku dari aku mencintaimu.
kerna rahmat yang engkau beri membuatkan aku terasa sangat di sayangi olehmu..
orang bijak pandai berkata "jika engkau berikan dugaan , itu menunjukkan kasih nya engkau kepada meraka.."
kadangkala aku juga cemburu akan kasih sayangmu.. 
dulu semasa aku sedang meningkat dewasa aku amat syukur kerna engkau tidak pernah jemu menguji ku.. 
Namun walaupun aku sering kali tersungkur, aku yakin setiap apa yang engkau tentukan adalah terbaik buatku..
kini aku bergelar cik dan kian dewasa, 
aku amat bersyukur malah lebih memahami akan liku-liku kehidupan yang engkau tuliskan buat diriku.
Ya Raja hatiku, Ya pemilik cintaku.. tiada kata yang boleh aku ungkapkan cinta ku kepada mu
Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Malik
sesungguhnya I <3 U forever and ever..