Wednesday, May 29, 2013

IKHTILAT..

ASSALAMUALAIKUM..
Selamat pagi..
Hari ini ezani nak bercerita pasal Ikhtilat
sebenarnya perkara ini untuk diri sendiri 
ezani sabagai hamba Allah yang kerdil ini hanya mampu meminta pertolongan dari NYA agar diberi kekuatan  untuk melawan hawa nafsu dan godaan syaitan durjana.. Amin..


Apa itu Ikhtilat?

Dari segi istilah syarak pula ikhtilat bermaksud percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau berdua-duaan. 

Mengapa Ikhtilat di titikberatkan????

Ikhtilat dalam Islam begitu penting bagi menjaga batas-batas antara lelaki dan perempuan. Semua umat Islam wajib menjaganya. Ikhtilat tidak tertumpu kepada mereka yang remaja sahaja malah kepada semua golongan yang telah pun baligh sama ada yang dewasa atau pun yang sudah berusia

Apa hukum Ikhtilat ???

 Hukum asal ikhtilat yakni pergaulan antara leiaki dan perempuan ialah haram. Oleh hal yang demikian, ia adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. 

Apa Kata Ulama???

Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya
al-Mufassat fil Mar'ah yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan serta hukum ikhtilat seperti di bawah : 
  • Pertama - Harus kerana terpaksa (dhorurah)
  • Kedua - Harus kerana keperluan (hajat)
Bagi keadaan yang pertama berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya : Berkata ahli mazhab Syaf'ie : Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwat (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini kedaaan-keadaan dhorurah seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf dia berdua-duaan dengan wanita tersebut dengan tujuan untuk menemaninya. 




Bagi keadaan yang kedua pula, ulama berkata bahawa hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Antaranya ialah : 


Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak

Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.

Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman.

 Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.


Ikhtilat kerana menjadi saksi kerana Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya.
 Hal ini demikian kerana menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

Ikhtilat kerana amar makruf nahi munkar.

 Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya al-Muhalla' bahawa Umar al-Khattab RA telah melantik as-Syifa' menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

Ikhtilat kerana melayan tetamu.

 Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syar'ei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah SAW dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda SAW.


Ikhtilat kerana memuliakan tetamu jika perlu makan bersamanya
Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syar'ei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama banginda. Ini bererti bahawa orang Ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama walaupun mereka tidak makan kerana mereka mengutamakan tetamu.


Ikhtilat dalam kenderaan awam.

 Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan  walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi  seperti keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya, membeli-belah dan ke hospital meskipun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi. Dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syar'ei.


Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad

Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya : Kami bersama Rasulullah SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.

Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat
Antara suasana yang diharuskan, ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatan bahawa Rasulullah SAW keluar pada satu Hari Raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah dan ketika itu bersama baginda SAW ialah Bilal bin Rabah.

Ikhtilat dalarn suasana yang telah menjadi adat kebiasaan. 


Tersebut dalarn kitab Muwatta'. Persoalan adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan mahramnya? Berkata Malik : Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan. Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab.
Adab-adab ikhtilat dalam islam???

-Tidak bersentuhan antara lelaki dan perempuan.



-Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat. 



-Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. 



-Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat. 



-Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.



InsyaAllah diri kita akan berada dalam keadaan selamat sekiranya kita mengamalkan adab-adab ikhtilat dalam Islam. Sayangi serta cintailah diri kita. 

  

RINGKASAN....







SEPERTI yang ezani kata kan pada permulaan kata, ilmu ini untuk diri ezani sendiri.. Insyaa Allah... 
No couple , bercinta lepas nikah ... lg sweet.. ^-^


p/s
Dekatilah wali ku bukan dekati diriku agar kita sama2 mendapat redha ilahi and restu ibu ayah...


ezani akhiri  dengan yang baik datang nya dari Allah yang buruk datangnya dari kekurangan diri ini...

 Wasalam...

Life changed more to Allah. "Insyaa Allah"..aminn..

Assalamualikum .. 

sory guy long time im not story mory.. 
 starting today and now i want to changed my life more to Allah. I'm trusted love between me and Allah. 
many thing in the world that i dont known but I always believe Allah will help me. im promise in with my self that will explore the knowledge until end my life. .  10 min ago, i done read surah Al-waqia transtration.  Ya Allah, Allahuakbar that i can said . Thanks to Allah coz open my eyes. Before this, when i read surah al-waqia im not known what is Allah said... im the small one.. Alhamdulillah.
Al-waqia story about Judgment Day ( hari Kiamat )and hari kebangkitan.. when i read my heart dapdup2 as falling in love and  more to scary . i don't known what can i said to express my feeling. I realy believe what that Allah said is truth and on day it will be happen .

that the place i want to go... Masjidil Haram.. my heart full with miss and love with this place, i realy hope Allah will invites me to this place..

Im not a good women but im realy tried to be a good one. 
Changed my self to a good muslimah... Insyaa Allah..


ok , i want to go first
assalamualaikum..